Blog PKMD Batu Pahat
Wadah Aspirasi Klien Dan Komuniti

Jan
08

Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012 di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 telahpun mula berkuatkuasa dari   

1 Januari 2013.

PERATURAN-PERATUAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 2012 (PU(A)377_2012

Jan
05

we facilitate, not frustrate

Jul
10

PERINGKAT @ “MAZHAB” PENDIDIKAN KANAK-KANAK.

 Sebagaimana kita semua maklum terdapat pelbagai panduan dan sistem pendidikan kanak-kanak khasnya bagi kanak-kanak yang berusia di bawah 5 tahun. Secara umumnya bolehlah dinyatakan terdapat 3 peringkat atau tidak keterlaluan jika dikatakan terdapat 3 mazhab yang popular di dalam pendekatan praktis pendidikan awal kanak-kanak, iaitu;

         1. Psikologi Kanak-Kanak @ “Child Psychology”

         2.  Perkembangan Kanak-Kanak @ “Child Development”

         3. Pendidikan Awal Kanak-Kanak @ “Early Childhood Education”

 Kita lebih memfokus kepada amalan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Terdapat 3 peringkat usia yang perlu diberi penekanan dalam aspek tersebut sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak, iaitu;

 

            0 – 1 tahun                          bayi @ “infant

            1 – 3 tahun                          tatih @ “toddler

            3 – 4 tahun                         pra sekolah @ “pre-schooler

 Namun begitu terdapat sedikit kekeliruan dari segi pengertian dan pemahaman akan apa yang dimaksudkan dengan peringkat pra-sekolah iaitu kanak-kanak yang berusia di antara 3 hingga 4 tahun. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM @ moe) mentafsirkan pra-sekolah itu bagi kanak-kanak yang berusia di antara 5 – 6 tahun. Di peringkat antarabangsa pula, kanak-kanak yang berusia di antara 5 – 6 tahun dikenal sebagai “kindergarten”.

Lalu apakah panggilan yang sesuai ke atas kanak-kanak yang berusia 3 – 4 tahun di negara kita?

Mei
04

Yang Bhg. Datuk KSU Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat telah meletakkan KPI untuk TASKA iaitu 100% TASKA berdaftar menjelang akhir tahun 2012. Justeru, PKMD Batu Pahat turut fokus untuk mencapai sasaran KPI tersebut.

100% TASKA di Daerah Batu Pahat berdaftar menjelang Disember 2012.

Mac
30

Dalam penyampaian perkhidmatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor mendokong 5 ’S’ iaitu;

 Senyum Selalu

Sopan Tatakelakuan

Sabar Menghadapi

Suka Mendengar

Segera Bertindak

diadaptasi dari amalan bangsa Jepun – SEIRI (sisih) , SEISO (sapu) , SEITON (susun) , SEIKETSU (seragam) dan SHITSUKE (amalkan) .

Jan
25

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

KAIN RENTANG terbaru yang dinaikkan pada 26/1/2012 di tepi Dataran Penggaram, Batu Pahat. Antara tujuan utama kain rentang tersebut ialah untuk menyedarkan orang ramai khasnya ibubapa akan peri pentingnya memilih TASKA/ Pusat Jagaan yang telah berdaftar dengan JKM sebelum menghantar anak-anak mereka ke premis berkenaan.

Dis
30

KAAKpercuma Insentif 1 Malaysia

Dis
30

Kain rentang untuk menyedarkan masyarakat agar memilih TASKA dan PJ yang berdaftar untuk menghantar anak-anak mereka. Ini adalah di antara beberapa usaha bagi meningkatkan kesedaran sosial ke arah menangani gejala penderaan dan pengabaian kanak-kanak.

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Beberapa lokasi yang dipilih sekitar Batu Pahat dan Pekan Pt Raja. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dis
09

Pejabat Baru (20/9/2010)

Persempadanan 14 Mukim
Persempadanan 14 Mukim

 

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

SELAMAT DATANGKE BLOG PKMD BATU PAHAT

 
BLOG  INI DIHARAPKAN MENJADI SALAH SATU ALTERNATIF MEDIA PENGHUBUNG ANTARA JABATAN, KLIEN DAN JUGA ORANG RAMAI. IANYA JUGA BERKESINAMBUNGAN DENGAN HASRAT KERAJAAN DI DALAM MENINGKATKAN TAHAP NKRA NEGARA KHASNYA DALAM MENYAMPAIKAN MAKLUMAT ASAS BERGUNA KEPADA KITA SEMUA YANG BERKAITAN DENGAN PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH BATU PAHAT. SEMOGA IANYA DAPAT MENJADI PEMANGKIN INISIATIF DAN ILTIZAM WARGA JABATAN INI DALAM MEMBANGUNKAN GOLONGAN SASAR……. SELARI DENGAN MISI DAN VISI JABATAN.
 
 

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat

No 52 & 54, Jalan Penjaja 3

off Jalan Temenggong

83000 Batu Pahat

Johor Darul Ta’zim.

Tel : 07-4341377     Fax : 07-4327892

 

Blog  :  https://pkmdbatupahat.wordpress.com

emel : pkmdbatupahat@yahoo.com

Laman web JKMN Johor  : www.jkmnj.gov.my

Laman web JKMM   : www.jkm.gov.my

facebook : Pkmd Batupahat

Dis
08

    Semua pekerja JKM perlu mengamalkan etika berikut; 

  1. Menghormati klien Jabatan sebagai seorang manusia tanpa mengira kedudukan, keturunan dan agama.
  2. Memberi perkhidmatan yang berkualiti dan sama rata kepada semua klien Jabatan
  3. Mengutamakan kepentingan klien Jabatan dalam usaha mencapai objektif Jabatan
  4. Menentukan kerahsiaan klien Jabatan agar tidak dihebahkan kepada pihak-pihak yang tidak berkaitan
  5. Sentiasa sedar tentang hak mutlak klien Jabatan dalam menentukan keperluannya
  6. Tidak boleh menggunakan kekerasan atau keganasan dalam apa bentuk atau situasi sekalipun terhadap klien
  7. Bersopaan santun dan berbudi bahasa setiap masa terhadap pelanggan Jabatan
  8. Patuh kepada arahan dan melaksanakan tugas dengan bersih, cekap dan amanah
  9. Menghormati nilai dan sikap, pengetahuan dan kemahiran rakan sekerja serta menjauhkan diri daripada perbuatan mencemarkan peribadi orang lain
  10. Harus sentiasa membantu dan bekerjasama dengan rakan sekerja untuk kepentingan pelanggan Jabatan dan perkhidmatan

 

      7 PRINSIP ASAS KERJA SOSIAL 

  1. INDIVIDUALITY – unique

  2. CONFIDENTIALITY

  3. NON-EMOTIONAL INVOLVEMENT

  4. NON-JUDGEMENTAL

  5. ACCEPTANCE

  6. SELF DETERMINATION

  7. SELF EXPRESSION